Sunday, January 11, 2009

Kepimpinan Ketua Pemuda Bahagian Mesti Hebat

Kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Bahagian mesti hebat.
Hebat bukan hanya dari segi personaliti dan percakapan serta karisma semata2. Sebaliknya, fokus ‘kehebatan’ Ketua Pemuda UMNO bahagian mesti dilihat dari segi cara menyelesaikan dan keberkesanan kerja yang dijalankan bersama2 ahli jawatankuasa yang lain.

Terus terang saya katakan, kepimpinan pemuda di peringkat bahagian tidak mengambil serius mengenai agenda parti dan pergerakan pemuda di bahagian masing2. Saya tidak nampak fungsi mereka. Taktahulah kalau saya yang rabun ;-)

Yang nampak, mereka ( termasuk AJK ) hanya mencari projek dan memenuhi tandatangan projek2 yang bakal dijalankan untuk masuk ke dalam poket masing2 :-)
Kalau nampak sedikit kerja mereka pun hanya semasa pilihanraya atau proses pemilihan parti sahaja.

Saya harap semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian di semua negeri mengambil serius perkara ini dan ia perlu diubah sedikit demi sedikit bagi menjamin keutuhan parti sebelum ia menjadi ‘parah’.

Pemimpin pemuda bahagian sepatutnya memberi fokus UTAMA kepada :-
- 'post-mortem' kemenangan dan kegagalan bahagian masing2 dalam pilihanraya yang lepas. Mengkaji langkah2 mengekalkan dan mengatasinya.
- sentiasa turun padang untuk memahami situasi dan menyelesaikan masalah2 pemuda di peringkat cawangan.
- memastikan kelancaran kemasukan dan pendaftaran ahli baru.
- semua biro di bahagian perlu aktif. Jangan ada nama je :-)

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan cawangan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog.

    Sama-sama kita memperhebatkan lagi blog kita dalam memberikan informasi sebenar mengenai keikhlasan perjuangan kita.

    Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

    IKHLAS DARI,
    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
    BAHAGIAN WANGSA MAJU

    p/s : Blog anda dlm senarai link kami

    ReplyDelete