Sunday, January 11, 2009

Kepimpinan Ketua Pemuda Bahagian Mesti Hebat

Kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Bahagian mesti hebat.
Hebat bukan hanya dari segi personaliti dan percakapan serta karisma semata2. Sebaliknya, fokus ‘kehebatan’ Ketua Pemuda UMNO bahagian mesti dilihat dari segi cara menyelesaikan dan keberkesanan kerja yang dijalankan bersama2 ahli jawatankuasa yang lain.

Terus terang saya katakan, kepimpinan pemuda di peringkat bahagian tidak mengambil serius mengenai agenda parti dan pergerakan pemuda di bahagian masing2. Saya tidak nampak fungsi mereka. Taktahulah kalau saya yang rabun ;-)

Yang nampak, mereka ( termasuk AJK ) hanya mencari projek dan memenuhi tandatangan projek2 yang bakal dijalankan untuk masuk ke dalam poket masing2 :-)
Kalau nampak sedikit kerja mereka pun hanya semasa pilihanraya atau proses pemilihan parti sahaja.

Saya harap semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian di semua negeri mengambil serius perkara ini dan ia perlu diubah sedikit demi sedikit bagi menjamin keutuhan parti sebelum ia menjadi ‘parah’.

Pemimpin pemuda bahagian sepatutnya memberi fokus UTAMA kepada :-
- 'post-mortem' kemenangan dan kegagalan bahagian masing2 dalam pilihanraya yang lepas. Mengkaji langkah2 mengekalkan dan mengatasinya.
- sentiasa turun padang untuk memahami situasi dan menyelesaikan masalah2 pemuda di peringkat cawangan.
- memastikan kelancaran kemasukan dan pendaftaran ahli baru.
- semua biro di bahagian perlu aktif. Jangan ada nama je :-)

Doa sembuhkan tulang patah

Ayat 78 dan 79 surah Yaasin tu maksudnya macam nie..

[78]
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
[79]
Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Khasiat ayat ni diberikan oleh penceramah Dr Fatimah Zahra.. orang Arab yang kahwin orang Kelantan tu..

Caranya.. sediakan air..bacakan surah Yaasin dari mula sampai akhir, 2 ayat di atas diulang 3 kali. Bacalah dengan penuh harapan agar Allah akan menyembuhkan si pesakit tadi.

Air tu buat minum dan sapu ke tempat sakit dalam keadaan sehala ke bawah. Amalkan selalu. InsyaAllah.. dengan amalan tadi mudah-mudahan dapat menarik rahmat Allah utk sembuhkan pesakit.

Sebenarnya, apa-apa kesembuhan pun dari Allah. Ikhtiarnya ada macam macam cara. Tengoklah mana yang sesuai dengan kondisi pesakit dan gerak hati kita yang mengusahakannya. Ape pun.. ikut pengalaman lepas.. kalau selalu beristikharah.. kita tidak akan menyesal dengan apa pun keputusan yang kita buat… sebab ianya di pandu oleh Allah.

Hanya Ingin Mengingatkan

Assalamualaikum w.b.t

Hanya Ingin Mengingatkan …..

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …..

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya …..

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2.
Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5.
Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah
SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah
TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.. Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

1 Muharram 1430

Dengan tibanya Awal Muharram 1430, kita semua telah melangkah hampir dekat ke alam baqa. Ingatlah kita semua, ajal maut di tangan Allah SWT dan ia tetap akan datang walaupun kamu sedang duduk, berdiri mahupun tidur.

Sudah berubahkah kita daripada orang yang tidak berapa baik kepada yang lebih baik?
Adakah amal kita yang berkurang makin bertambah?
Adakah sedekah jariah kita makin berkurang atau makin bertambah?
Adakah azam dan niat kita di dunia pinjaman oleh Allah SWT ini diperbaharui?

Renung-renungkanlah.
Saya mengingatkan kita semua dan diri sendiri.
Salam Maal Hijrah 1430.